Sunday, March 29, 2009

Cadangan guru berpolitik terima pelbagai reaksi...

29/03/2009 8:37pm

KUALA LUMPUR 29 Mac — Cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein agar golongan pendidik terutama guru dalam kumpulan A diberi kelonggaran dan dibenarkan terlibat dalam kegiatan politik mendapat reaksi berbeza-beza pelbagai pihak.

Ada yang berkata langkah itu wajar dilakukan dan ada pula yang tidak bersetuju kerana bimbang ia akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran serta kemungkinan terpengaruh dengan parti pembangkang.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata NUTP menyambut baik cadangan Menteri Pelajaran bagi membuka peluang berpolitik kepada guru.

“Ini merupakan perkembangan positif yang diberikan kepada guru, jadi lebih ramailah golongan profesional dan berpendidikan akan terlibat secara langsung.

“Kalau boleh biarlah guru sahaja yang terlibat, bukan pegawai kerana kelak tidak mahu ada masalah di kalangan pegawai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Bagaimanapun, Hashim tidak menolak ada risiko yang bakal timbul, jadi beliau mencadangkan satu garis panduan yang jelas dan nyata mengenainya dikeluarkan.

Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Mohd Nardin Awang turut bersetuju dengan cadangan Hishammuddin itu dan berharap ia dilaksanakan.

“Jika diimbas semula dalam sejarah politik negara, guru adalah pencetus dan penggerak Umno. Guru memainkan peranan kerana sebagai pendidik, guru mempunyai pengaruh untuk memandu pemikiran masyarakat.

“Jadi cadangan Hishammuddin untuk membenarkan guru kumpulan A berpolitik amatlah baik. Cuma perlu dibuat pindaan tentang perkara ini kerana sekarang terdapat larangan guru menyertai politik,” katanya kepada Bernama.

Cadangan Hishammuddin itu bagaimanapun ditolak Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Abdul Karim Abdullah yang menganggap rancangan Menteri Pelajaran itu bakal menimbulkan masalah kelak.

“Saya khuatir tumpuan sedikit sebanyak terjejas jika guru-guru dibenarkan berpolitik. Ini kerana guru kini sangat berbeza dengan guru zaman dulu.

“Lagipun, kita tak pasti guru itu prokerajaan atau anti kerajaan, jadi nanti timbul salah faham politik dan pelajar pula yang akan jadi mangsa,” katanya kepada Bernama.

Beliau meminta rancangan itu diperhalusi dan dibincangkan ke peringkat akar umbi kerana ia bukan isu remeh.

Semasa menggulung perbahasan mengenai isu pendidikan pada Perhimpunan Agung Umno semalam, Hishammuddin mencadangkan guru kumpulan A diberi kelonggaran untuk berpolitik.

Thursday, March 19, 2009

Kalimah Allah: MAIS mahu saman Majlis Peguam

SHAH ALAM 19 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam kerana mengadakan tinjauan pendapat berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dalam laman web badan itu baru-baru ini.
Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa berkata, penyiaran tinjauan pendapat tersebut adalah subjudis kerana pengunaan kalimah itu masih lagi belum diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
Katanya, pengunaan kalimah itu oleh badan berkenaan juga dikhuatiri boleh menggugat sensitiviti umat Islam serta melanggar undang-undang agama Islam Selangor yang telah diwartakan oleh kerajaan negeri sebelum ini.
“Tindakan badan ini (Majlis Peguam) adalah subjudis kerana persoalan berhubung kalimah itu masih belum diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam permohonan semakan kehakiman oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur terhadap Kementerian Dalam Negeri, kerajaan Malaysia dan majlis agama Islam negeri-negeri.
“Maka, MAIS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Majlis Peguam kerana penyiaran undian ini menyentuh sensitiviti umat Islam dan menyalahi Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran Di kalangan Orang Islam) 1998.
“Ini kerana, berdasarkan Seksyen 9 di bawah Enakmen itu menyebut, adalah satu kesalahan sekiranya ada mana-mana orang sama ada Islam atau bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam memperihalkan kepercayaan sesuatu agama bukan Islam,” kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamad Adzib menjelaskan, MAIS juga telah mengharamkan sebarang bentuk penyiaran atau dendangan lagu Allah Peduli yang dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia, Agnes Monica di negeri itu.
Katanya, pengharaman itu dibuat kerana mendapati lirik dalam lagu tersebut sama seperti Allah bagi penganut umat Islam.
Bagaimanapun, pada akhir lirik lagu berkenaan terselit ungkapan Allah Yesusku yang membuktikan bahawa Allah yang dimaksudkan dalam lagu itu ialah Allah yang memperanakkan Jesus iaitu kepercayaan penganut Kristian.
“Ini merupakan salah satu penyelewengan kepada kalimah Allah yang merupakan zat Maha Suci lagi Esa yang dikhuatiri akan mengelirukan umat Islam,” jelasnya.

Wednesday, March 4, 2009

KEKUATAN KESATUAN ITU PENTING!!!

by: al_faranji

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Teman,
aku tahu kamu letih
aku tahu kamu sengsara
aku tahu kamu derita

Teman,
aku tahu semua itu
cuma secebis perasaan sahaja
kerana
dalam jiwamu
ada satu kekuatan yang luar biasa
bisa menggegarkan dunia

Teman,
setiap dari kamu punya satu cita-cita
inginkan kembali nur ISLAM dilaksana
agar ketenangan milik semua
agar dunia ini tidak dibala
agar pengakhiran kita ke syurga

Teman,
ayuh!! dekatkan diri dengan pencipta
mengadulah sepuas-puasnya
memang DIA adalah penentunya
sedangkan kita hanya mampu berusaha

- ALL THE BEST-

Monday, March 2, 2009

RENUNGAN BUAT YANG INGIN MERENUNG...

by: al_faranji

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur
masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN
dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada
Rasulullah saw :"Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN
kelak di hari qiamat?"

Maka jawabnya Rasulullah saw, "Umat dikenal kerana
WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat
datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka
KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka
memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah
debu KEIMANAN mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui
titian Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga,sehingga setiap orang
melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan
hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh
orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh
asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu
dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hanba-hamba Ku berpuasa
(ahli puasa) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka
ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan- kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa
dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang
yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat
banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa
mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap
sebagaimana yangdifirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah
bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu
kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu.

Sunday, March 1, 2009

Saya gembira, 5 univ. jangan terlalu obses -Khalid

Kuala Lumpur 28 Feb. 9.46pm | Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin menasihatkan Kelima-lima Universiti tempatan yang diketegorikan antara 500 universiti terbaik dunia oleh Time Higher Education (THE)-QS World University Ranking 2008 agar tidak terlalu obses dengan pencapaian yang sedia ada; di sini kelmarin.

Saya gembira dengan pencapaian lima Universiti (tempatan) tersebut yang diketegorikan sebagai 500 universiti terbaik dunia oleh Time Higher Education (THE)-QS World University Ranking 2008,” jelasnya.

Universiti Malaya (UM) dicatatkan pada tangga 240 diikuti oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (250); Universiti Sains Malaysia (USM) (313); Universiti Putra Malaysia (UPM) (320); dan Universiti Teknologi Malaya (UTM) (356).

Menurut Khalid lagi, sistem kedudukan global tersbeut sebenarnya tidak mengambil kira lapangan sebenar universiti tempatan, terutama dari segi pembinaan bangsa yang mana jika mengambil kira penyelidikan klasikal sudah tentu menyaksikan kebolehan universiti jauh lebih baik dari universiti tersohor peringkat dunia.

Khalid juga menjelaskan bahawa Malaysia mempunyai rangka perancangan tersendiri dan Malaysia bakal membantu negara-negara anggota dalam OIC untuk sama-sama membangunkan pencapaian kualiti masing-masing.

Beliau Khalid 2juga menggesa negara-negara anggota OIC tampil dengan sistem kedudukan pencapaian tersen- diri dalam dua tiga tahun kelak.

Kenyataan media ini disampaikan selepas meras- mikan Konvensyen Penambah- baikan Pengajian Tinggi: Pemerkasaan Generasi Baru -mahasiswakini